AINCOM TECHNOLOGIES SDN BHD (529266A)

 

akan telah muncul dengan wajah baru, ke laman tetap

www.aincom2u.com.my

email

arijan@streamyx.com

Melayu! Oh Melayu!

sebelum sejarah bermula Q&A dulu

 

Soalan : Apa yang melalutnya disini?

Ini web free, sebelum ia menjadi sejarah, baik dicatatkan sedikit apa yang terbuku, untuk tidak menjadi "pendendam" (mungkin dibaca dengan pelbagai maksud).

 

Sebagai medan menjawab "mulut-mulut" jahat yang berkeliaran sekadar memenuhi rasa "geram" yang lahir dari ketidak fahaman mereka mentafsirkan setuasi.

 

Soalan : Kenapa nampak bertumpu kepada Melayu sahaja, awak bukan Melayukah?

 

Sebab kita sayanglah kepada bangsa kitalah kita sebut, dinasihatkan, ditegur, dibimbing, Kenapa awak bagus sangatkah? Kenapa ? Salahkah sayakah menegur, Adakah dengan menegur itu bagai membuka pekung didada?. Tunggu semua sempurna baru nak menegur sudah terlambat. Tunggu bukan maksud ia akan dihadapan.

 

Kenapa Melayu ini sukar difahami?. Tiada Melayu yang positifkah? Kemana perginya Pembela, Perjuang, "P" yang lain?

Setiap kejadian dijadikan berpasangan oleh itu pelengkapnya mestilah ada, asyik memuja memuji tidak tentu pasal, hidup ini bagai ilusi sahaja. Tidak berpijak dibumi yang nyata.

 

Melayu "P+ve" kena bangun dan bangunkan "P-ve" yang lain. Apa yang jadi bila ditegur dia akan balik jadi kisah ketam. Selak sana, selak sini.

 

Kenapa mesti kita memerangi golongan ini?

Sebab mereka golongan perosak bangsa.

 

Mana satu dikategorikan perosak bangsanya?.

 Sebab ia bertindak melemahkan bangsa itu sendiri.

 

Oh..Tidakkah ia disebabkan oleh business?

 

Ya..tetapi tidak ada cara yang lebih baikkah? Tidak salah tetapi kenapa tidak buat dengan cara yang betul.

 

Ambil

Contoh I :- Seorang penjawat jawatan awam membabitkan diri didalam perniagaannya sendiri samada ia terbabit secara langsung atau tidak (tidak termasuk pemilikkan saham). Tidakkah ia akan menggunakan masa perkhidmatannya, kemudahan lain untuk kegunaaan perniagaannya?. Cuba baca penyataan CEO, Jcorp tentang bisnes.

 

Contoh II : Tidakkah salah seorang kakitangan menggunakan maklumat syarikat dan disalurkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran? Dengan menyalin isi kandungan maklumat pelanggan, sebutharga, pembekal, dll untuk kepentingan sendiri?.

 

Apakah ini soal persaingan?

Ya..mesti positif. Dilihat positif dan dilakukan secara positif.

 

Tidakkah ini bermaksud, Anda tidak mahu atau mampu bersaing?.

Tidak, kita mesti positif dan betul, tidak ada cara lainkah?. Bangsa lain kita boleh bersaing. kenapa tidak kita kurangkan kepada bersaing tidak dengan cara kotor.

 

Kita bersedia, tidak semestinya yang menang atau berjaya itu berjaya hakikatnya, beliau berjaya tetapi BANGSA hancur.

 

Kita fokuskan persaingan antara BANGSA.

 

Apa yang akan terkandung dalam siri seterusnya?

 

Sejarah, pengalaman, diari, kutukan, pujian, leteran, falsafah, ideologi. Seorang yang menongkah arus.

 

Macam bagus je...bunyinye..bagus sangatkah?

Orang bebas mengkritik, dunia tanpa sempadan, fikiran kena terbuka. Landasan jangan dicemari. Nak tunggu sampai bila.....

 

Apa sempadannya?

Halal dan Haram dan dll yang diantaranya.

 

Macamana kata sempadan?

Hidup ini macam peta, sempadan bukan bermaksud yang merangkumi keluasan ruang lingkup yang kita lalui tetapi lebih kepada kebebasan kita melaluinya dengan petunjukan jalan yang jelas (signboard le tu)

 

Sempadan bukan untuk keterbatasan tetapi kebebasan, jadikanlah kita yang bebas.

 

Kenapa mesti dilaman web?

 

Sesuai dengan keadaanlah, trend sekarang orang boleh mengadap internet sehari suntuk untuk membelek email dan website lain, kenapa tidak wadah ini digunakan untuk kebaikan.

 

Kita bertanggungjawab dengan apa yang dicatit dan ditulis agar tidak jadi "cakap lain, buat lain" "cakap lain, orang faham lain lagi bahaya, itulah mesti ada medianya untuk berkomunikasi.

 

Apa beza "dendam" dengan penulis?

 

Orang tidak kenal dan tahu cerita sebenar, boleh tanya, baca, InsyAllah akan dijawab, ini hantar email pun, email kosong.

 

Melayu terkenalkan dengan 'amuk' dan 'bomoh' nya dll aktiviti songsang. Teori fizik yang digunakan (pinjam teori). Tenaga boleh dipindahkan.

 

Luahkan, agar segalanya terkeluar, jangan jadi gunung berapi, tsunami dll. Tidak pasal-pasal orang lain yang kena.

 

Mereka terlalu menyimpan perasaan, macam tengok konsert tapi keras membatu, kalau dah tengok konsert tu...enjoylah (bukan suruh tengok konsert). Kalau sembahyang kusyuklah. Itu bezanya.

 

Penulis, pernah ditipu bila memberi pinjaman berpuluh ribu. Sampai sekarang tidak mengambil tindakan. Adakah orang yang diberi pinjam akan menceritakan perkara yang baik dengan pemberi pinjam bila ditanya kenapa awak tidak membayarnya? Yang terkeluar lain, bukan prasangka tetapi hakikat itulah yang dialami.

 

Bagai melepaskan anjing tersepit. Ditipu walaupun  sehingga membabitkan tindakan ditangkap polis pun penulis masih memaafkan. Tetapi apa pengajaran yang diperolehi?. Sedarlah.

 

Adatlah, masa bercinta, kentut pun wangi, tetapi kalau dah ...(sambunglah sendiri)

tapi adatlah...

Tapi Melayu "jangan mati adat.." banyak sangat yang dijadikan "adat" dan "budaya" ini satu ketika boleh membawa padah. Tak dijelaskan kata Apasal prasangka sangat, dijelaskan jawab "adatlah...Melayu" abis tu..tak betulkah???..

 

Tidakkah dengan keterangan dan maklumat ini menampakkan kelemahan penulis?

 

Tidak sama sekali, bagi penulis ia sudah memadai. Penulis tidak memikirkan apa yang dimiliki tetapi apa Bangsa akan diwarisi.

 

Adakah ia memperlihatkan kelemahan penulis?

Bagi saya tidak, ia disudut bila ia diamanahkan. Bagi penulis sendiri sudah cukup tetapi tidak cukup untuk Bangsa. Hakikatnya ia sekadar menjaga MARUAH. Jika diambil pertimbangan bisnes, lain akan jadinya.

 

Adakah penulis cuba menggunakan Sentimen Bangsa sebagai tonggak?

Tidak. Niat penulis didalam bisnes adalah fardhu Kifayah..itu saja dan satu saja. Selainnya ia akan menjurus kepada sumbangan bangsa.

 

Memang penulis banyak menyentuh soal Melayu, yang sememangnya sejak dari dulu.

 

Melayu yang mana?

Itu tanya Dr Mahathir. Dia yang tulis "DELIMA MELAYU".

 

Kenapa Penulis sensitif sangat dengan MELAYU?.

Pengalaman, kehidupan ini yang mengajarnya.

 

Tidakkah penulis dengan Melayu sekarang?

Ya..tapi Perjuangan Belum Selesai.

 

Hakikatnya. Kedudukan penulis sekarang?

Pada Amnya, banyak impian dan cita-cita "beyond expectation" sebab penulis seorang yang susah dulu. Cuma tidak lupa "ikan masin" dan "nasi + garam + kelapa"

 

Cukup macam orang lain, InsyaAllah. Impian macam orang lain nak pergi Mekah harap tercapai.

 

Tetapi boleh percaya ker?

Saya menulis anda menilai, barang siapa yang ada maklumat tulisan saya salah dan songsang beritahu. Saya bebas dikritik kita akan berhujah bukan maksud berbalah.

 

 

bersambung.....

 

 

Surat Khabar Lama

 

Ramai yang tidak mengenali lagi siapa Aincom diperingkat mula, mereka sebahagiannya mengenali bila ia mula dipersada gelombang IT setempat memuncak.

 

Hampir kini, ATSB telah melatih, mengGAJI, MengUPAH, Melantik, Menerima Permohonan ke Jawatan-jawatan tertentu di ATSB. Iaitu sejumlah lebih 62 orang.

 

Dari jumlah yang keluar dan masuk, ada yang keluar dan masuk semula, ada yang dipapah masuk ada yang disorong keluar, dan pelbagai lagi cerita lama. Kenapa nak cerita lama?. Saja untuk dikenamh supaya kita tidak lupa daratan, kalau sudah kelaut, tidak lupa daratan bila sudah dikayangan. Kalau masyarakat purba kala mencatat sejarahnya didinding-dinding batu, zaman IT di laman weblah menjadi dindingnya.

 

Okay, Apa pengalaman yang banyak mengajar saya?. Ialah tentang MELAYU, saya banyak memikirkan tentang Melayu dikala ramai Melayu yang tidak sedar mereka dari rumpun Melayu yang "komplikated". Saya bergiat didalam GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) semasa sekolah dahulu. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Badlishah, Kulim Kedah. Dari tahun 1981 hingga hujung 1986. Sekolah kuat semangat Melayunya, kami dididik mengenali Melayu dari guru-guru Melayu disitu, semangat kami untuk maju tinggi dan saya akui sekolah berkenaan melahirkan ramai Melayu yang berjaya.

 

Saya akui menjadi usahawan Melayu adalah satu yang mencabar dan dianggap "rare species" namun Menjadi "rare species" yang dikategorikan "Melayu P" saya tidak sanggup. Hati nurani mereka yang kompleks ini tidak boleh diusik kerana mereka boleh bertukar dari satu hati yang lembut kepada sesuatu hati yang amat keras dan busuk.

 

Catatan-catatan saya hanya mengundang seribu pertanyaan daripada jawaban, sebab saya seorang yang tidak suka cerita Hindustan, dan membaca Majalah URTV atau Mangga. Catatan ini juga mengundang soalan "MAJOR" Apa yang sedang saya hendak jelaskan kepada pembaca, oleh itu bersedialah membacanya dengan 4D, Paksi utama Pemikiran Terbuka, Paksi Kedua : Keimanan, Paksi Ketiga : Keikhlasan, Paksi KeEmpat : Realiti.

 

Teruskan keDunia Penuh Teka Teki, satu catatan yang teruji....

 

"Seorang yang mengikut arus hanya sentiasa dibelakang"

 

 

 

 

 

Kepada Semua Pelanggan yang dihormati,

Pihak kami sedang membangunkan sebuah laman web kekal untuk operasi syarikat, Pihak ATSB mengalu-alukan cadangan bagi memantapkan perkhidmatan kami.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terimakasih atas segala sokongan yang diberikan. Sokongan anda bukan sahaja memastikan ATSB terus berperanan dalam dunia ICT setempat malah juga memberi peluang kepada 12 warga ATSB, dengan kuasa kerja berkumpulan (teamwork) kami memastikan yang terbaik untuk anda.

ATSB begitu yakin kumpulan kerja yang ada, serta kerjasama yang diberikan. Kemunculan pejabat operasi Kapar juga memberi peluang yang lebih kepada ATSB, InsyaALLAH pada akhir tahun 2006, ATSB akan mula beroperasi di Bukit Raja, Klang. Perancangan yang berterusan membuktikan komitmen kami untuk terus berkhidmat untuk pelanggan kami yang sedia ada. Kami amat menghargai dengan kesetiaan pelanggan kami semua.

Kewujudan pesaing juga membuat kami lega, kerana pelangan yang bijak akan dapat membezakan kemesraan perkhidmatan kami, bukan sekadar melihat pada harga perkhidmatan, dari situ juga kami dapat memahami kehendak pelanggan dengan lebih dekat dan membaiki kelemahan yang kami ada, yang penting AINCOM akan tetap disini memberi perkhidmatan yang berterusan.

Warga AINCOM berjuang memertabatkan syarikat Melayu yang berdaya saing, lebih 9 tahun kewujudannnya, AINCOM masih unggul. Perolehan melebihi RM1.2 juta setahun tidak menjanjikan kesenambungan syarikat dengan perolehan "margin" yang makin mengecil serta kenaikkan kos operasi. Namun pengorbanan warga AINCOM juga adalah bagi menjaga maruah Melayu yang terkenal dengan kegagalan dalam perniagaan. InsyaALLAH ia tidak akan berlaku walau siapa yang akan menerajui AINCOM.

Akhirkata, janganlah kita menjadi bangsa "menang jadi abu, kalah jadi arang", "menang sorak, kampung tergadai".

 

Dari Arijan Osman Pengarah Urusan ATSB

 

MELAYU Bahagian I

(artikel ini perlu dibaca dalam 3D)

 

Pelbagai teori yang telah membudayai masyarakat Melayu kini, yang diwarisi dari dulu, iaitu PHD, juga PHP, ada juga PPP.

 

Lihat sejarah Tanah Melayu, mungkin orang muda sudah lupa sejarah Melayu ini sebab asyik dengan Teknologi Maklumat yang lebih penting, tidak mahu melihat bagaimana sejarah Melayu mengajar kita untuk membaiki masa depan. Kejatuhan Empayar Melaka sebagi contoh adalah kelemahan orang Melayu dalam menguruskan ketamadunannya agar tidak lari dari asas keperluan seorang manusia lantaran mereka membelakangi sifat kemanusiaan, ada yang menjadi pengkhianat tatkala itu, pembelot dan bersifat talam dua muka dan lebih mudah dipanggil hipokrit atau "munafik" sifatnya.

 

Penderhakaan inilah yang mengancurkan Melaka, tetapi lihat Melaka tetap Melaka dengan sejarahnya yang terbilang. Siapa Melaka kalau bukan sejarahnya. Hanya sejarah akan membuktikan tatkala pengkhianatan itu terus bermahajarela, siapa yang bertanggungjawab menjadi talibarut penjajah ketika itu, siapa pula yang berani membawa fitnah dan mengadu domba. Dan siapa Hang Tuah dan Hang Jabat dari kaca mata dunia sekarang selepas sejarah membuktikannya.

 

Sebelum ini mereka membiarkan waktu dilandasi fitnah, pembelotan, penghianatan dan mereka tidak sedar bahawa sejarah akan mencatatnya. Teruslah mereka ini dengan dunia mereka tanpa sejarah sempat memberitahu bahawa mereka adalah pengkhianat dan segala jenis kemurkaan generasi akan datang.

 

Wajarkah sejarah ini dipendam sahaja tanpa melihat kebaikan dari sejarah itu, Melayu terus mewarisi generasi pelalai sejarah ini, terus mewarisi kedaifan, kemunafikan hingga menjadi barah yang tidak dapat dibendung. "Delima Melayu" terus menghantui generasi akan datang walau peratusnya makin menjadi "rare species", mereka ini hanya akan hidup seperti "dedalu" pada masyarakat Melayu, "mulukut" di generasi bertamadun, "tenggang" pada rukun negara, "munafik" kepada keimananNya.

 

Generasi P, ini tidak cuba memahami, mereka digomoli dengan sifat semulajadi yang hampir sudah sama seperti apa yang sejarah kita ceritakan.

Melayu Bahagian II

Dedalu, Mulukut, Tenggang

Species ini ramai, namun dizaman moden ini species ini hanya akan menjadi bahan tontonan masyarakat bertamadun umumnya seperti idea Steven Spielberg membuat taman Tyrex. Setahunya dedalu ini umpama sifatnya yang mempunyai akar yang akan menusuk jauh kedalam tubuh pokok tumpangannya, walaupun begitu tidaklah species ini memikirkan keperitan yang dihadpi oleh pokok yang ditumpanginya tanpa sedikit pun menaruh kebaikan kepadanya. Akhirnya pokok tumpangan akan kelesuan dek kerana terlalu banyak dedalu yang berpaut padanya, Namun akhirnya mereka mati bersama dan todak pula dedalu ini kerana sempat membiakan bakanya yang disifatkan boleh tersebar dengan mudah.

Mulukut

Masih kenal dengan species ini? kalau ditanya kepada generasi P mereka mungkin mengatakan ini adalah sejenis pulau, anehnya kita tidak mahu belajar dari kejadiannya.

Tenggang

Bukan rujukan kepada makhluk atau species tetapi mitosnya mungkin terpahat sejak kecil, anehnya itu idola generasi P ini.

bersambung....

 

Melayu Bahagian III

 

Seperti Kacang Lupakan Kulit

 

Melayu species ini yang suka lupa daratan, dan terlalu angkuh untuk mengakui asal-usulnya, Lupa daratan tatkala dilaut, Lupa daratan tatkala terbayang nun jauh dikayangan, lupa daratan tatkala digelomangi mutiara, nilam dan permata.

 

Hakikatnya kita cuma setitis air yang tidak bermakna, yang jika jatuh ketanah, itik tak sudu ayam tak patuk (mana tau - ungkapan ambil dari IKIM 91.5Mhz FM)

 

Generasi yang mudah mentertawakan kesusahan orang, dan mencemburi kejayaan orang. Sedangkan dia lupa dirinya sendiri. Muhasabahlah diri. Tidak guna "tongang-tonggeng" tapi hati disaluti kebusukan yang menyebabkan mereka TAKBUR akan segala yang dikurniai oleh ALLAH.

 

Generasi yang menerajang ibubapanya dikala mereka hidup senang lenang, Generasi yang lupa pada gurunya, generasi yang lupa zaman lampau, lupa setiap udara yang diirup, setiap ringgit yang dibelanjakan, setiap titik peluh orang lain, setiap detik rasa simpati orang, belas dan dorongan membantu, mereka sebenarnya lupa dan buta. Sebab itu hati mereka terus digelapkan.

 

Menjaga Tepi Kain Orang

 

Bersambung lagi....